Wednesday, August 9, 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA


PENGENALAN MESY PENUBUHAN BENAR TUBBUH NOTIS PENUBUHAN HADIR PEN  JADI AHLI

Minit mesyuarat penubuhan jawatankuasa penaja PersatuanPerdasama Cawangan Perlis.
Tarikh mesyuarat 18 Dis.2016
Masa  9.00 malam
Tempat E Green Cafae Dataran Sena.

Kehadiran.
1
En Ismail Bin Mohd Rhouse
2
En Khairuddin Bin Abdullah
3
En Alzahari Bin Amdan
4
En Mohd Idrus Bin Mohd Daud
5
En Sulaiman Bin Daud
6
En Aroni Bin Mat Isa
7
Cik Nurfarahiyah Bt Zulkifli



Mesyuarat dipengerusikan oleh En Khairuddin Bin Abdullah.

AJENDA

1
ALUAN PENGERUSI

EN Khairuddin  ucapkan terima kasih kepada bakal ahli kerana menunjukan minat yang amat dalam terhadap Persatuan Perdasama Cawangan Perlis dan sanggup meluangkan masa untuk hadir.

Beliau beri penerangan ringkas sejarah pertemuan nya dengan YDP dan AJK Persatuan Perdasama Cawangan Selangor dan kebaikan menubuh Persatuan Persatuan Perdasama Cawangan Perlis.

Seterusnya mengajak rakan rakan yang hadir tubuhkan AJK Penaja bagi membolehkan Persatuan Perdasama Cawangan Perlis di daftar dan bergerak secara sah.

2
SOAL JAWAB

Yang hadir tidak banyak mengetahui mengenai Persatuan Perdasama. Kebanyakan soalan yang diajukan adalah mengenai apa yang boleh diperolehi jika berada dalam Perdasama.

En Khairuddin terangkan bahawa banyak perkara yang boleh dilaku jika menjadi ahli Perdasama. Diantaranya ialah:-

1.       Mengadakan hubungan perdagangan dengan ahli ahli Persatuan Perdasama dari seluruh Negara. Sekarang telah ada 15 cawangan dan jika kita pendaftaran kita mendapat kelulusan  Perdasama Cawangan Perlis akan jadi cawangan yang ke 16.
2.       Kepada ahli yang telah ada produk boleh tinjau peluang peluang pasaran melalui Perdasama samaada pasaran dalam atau luar Negara.
3.       Buat lawatan  bagi menimba ilmu dan peluang perniagaan.
4.       Adakan kursus untuk memajukan diri dalam perniagaan.
5.       Sebagai tempat untuk berunding mendapatkan modal permulaan atau tambahan untuk berniaga.
6.       Tidak perlu difikirkan banyak banyak. Yang penting tubuhkan dulu Persatuan Perdasama Cawangan Kangar dan sama mengorak langkah bagi memajukan persatuan dan diri sendiri.


3
PEMILIHAN

1
Memilih YDP

Mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju memilih EN Khairuddin Bin Abdullah sebagai YDP Persatuan Perdasama Cawangan Perlis.

Memilih TYDP

Mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju memilih EN Aroni Bin Mat Isa sebagai TYDP Persatuan Perdasama Cawangan Perlis.


              

4
PERLANTIKAN

Lantikan yang dibuat adalah seperti berikut:-



1.       Setiausaha           Ismail Bin Mohd Rhouse                        
2.       Bendahari           Sulaiman Bin Daud       
3.       Jawatankuasa      Mohd Idrus B Mohd Daud
4.       Jawatankuasa      Alzahari bin Amdan
5.       Jawatankuasa      Nurfarahiyah Bt Zulkifli   
6.       Jawatankuasa      Noraini Bt Itam   
                   

5
TINDAKAN SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN

1.       En Khairiddin jelsakan bahawa dari maklumat yang beliau dapat,selalunya kelulusan akan diperolehi 2 minggu selepas permohonan lengkap di serahkan.
2.       Dalam masa menunggu kelulusan AJK yang ada boleh mula berkempen untuk menambah ahli.
3.       Kepada sesiapa yang berminat serahkan borang keahlian dan kumpul. Beritahu bahawa permohonan akan di bawa kedalam mesyuarat panel dan akan diberitahu jika permohonan berjaya.
4.       Mesyuarat putus untuk adakan mesyuarat agong pertama pada 27 Jan 2017.
5.       Bermula 27 Jan 2017 hingga 29 Jan 2017  Persatuan Perdasama Cawangan Negeri Perlis bersama Kerajaan Negeri Perlis akan anjurkan satu carnival jualan di Dataran Dato’Sheikh Ahmad.
6.       Pengisian Carnival.
·         Perasmian Oleh YAB Menteri Besar Perlis.
·         Khemah2 untuk gerai jualan,makanan, pakaian dan pameran produk ahli. Khemah dari ajensi kerajaan.   
·         Sediakan ruang untuk Food Truck.
·         Forum Perdana.
·         Meraikan anak anak yatim .            


6
PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30. Mesyuarat seterusnya akan diadakan setelah mendapat kelulusan.



Minit mesyuarat di sediakan oleh Ismail Bin Mohd Rhouse

 




…………………………………………….
Ismail Bin Mohd Rhouse




No comments:

Post a Comment