Wednesday, August 9, 2017

PENGENALAN




PENGENALAN MESY PENUBUHAN BENAR TUBBUH NOTIS PENUBUHAN HADIR PEN JADI AHLI

Pendaftaran Perdasama Perlis sebagai cawangan kepada PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA telah di luluskan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) melalui suratnya bertarikh 28 Dis 2016 dan no rujukan ialah NBID-001-23122016

Berikut adalah serba sedikat latar belakang PERDASAMA
Perdasama adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang memberi focus khusus kepada golongan peniaga dan usahawan melayu sebagai keutamaan dalam usaha untuk meningkatkan status,mempertahankan hak dan penguasaan ekonomi dan perniagaan kaum Melayu di Malaysia melalui pelbagai program.

PERDASAMA juga menjalinkan hubungan yang erat bersama agensi agensi kerajaan terutama TERAJU (Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan MATRADE (Agensi di bawah Mementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI) yang banyak membantu golongan usahawan Melayu dan sering bersama dalam mengadakan program dan forum ekonomi.

PERDASAMA telah ditubuhkan dengan rasminya pada 9 Dis.1998. 
Fokus PERDASAMA diperkukuhkan dengan 16 cawangan dengan 18,000 ahli di seluruh Negara dan hampiir 5,000 ahli aktif yang komited mendokong serta memastikan misi dan visi persatuan tercapai sejak 18 tahun penubuhannya.

PERDASAMA PERLIS adalah cawangan yang ke 17.

Seperti persatuan-persatuan lain juga,PERDASAMA tidak menyediakan bantuan berupa pinjaman kewangan atau seumpamanya tetapi PERDASAMA boleh beri sokongan kepada ahli ahli,antara lain dalam bentuk:

1.       Mengeluarkan surat sokongan kepada ahli ahli yang berhasrat mendapatkan pinjaman  daripada institusi kewangan, dan bantuan agensi-agensi kerajaan dan sebagainya;
2.       Menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang untuk perniagaan dan kegiatan  ekonomi melalui kerjasama atau kolobrasi dengan bukan kerajaan   (NGO)lain,kedutaan-kedutaan asing, badan badan berkanun seperti RISDA, FELCRA,  FELDA dan sebagainya;
3.      Menggalakkan kerjasama di kalangan ahli –ahlinya (business matching) seterusnya menyumbang kepada perpaduan masyarakat. Ia membantu menjalin hubungan yang mesra dan bertoleransi melalui aktiviti aktiviti yang dijalankan; seperti bekerjasama memberi sumbangan kepada anak- anak yatim dan rumah-rumah kebajikann dan sebagainya;
4.      Menganjurkan pertemuan bersama duta - duta asing untuk membuka atau meneroka peluang perniagaan dan pasaran di Negara – Negara mereka. Sebagai contoh pertemua bersama duta – duta 12 negara yang menganggotai TTPA atau Perjanjian Perkongsian Trans – Pasifik (Trans Pacific Partnership Agreement) yang pernah PERDASAMA adakan pada 7 April 2016 yang lalu di Pusat Dagang Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
5.      Menganjurkan lawatan perdagangan dan pelaburan ke luar Negara seperti yang dilakukan pada tahun 2015 iaitu lawatan perdagangan ke Guangdong, China yang  perniagaanya boleh dimanfaatkan oleh ahli – ahli. Seterusnya menjadikan lawatan tersebut sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Misi ke Guangdong diteruskan lagi dalam tahun 2016 dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
6.      Membuat kunjungan hormat kepada Menteri di kementerian – kementerian tertentu bagi berbincang dan menghantar sendiri messej dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan –usahawan Melayu, dan lain lain lagi.

PERDASAMA ditubuhkan dan diuruskan oleh individu – individu yang bekerja secara kolektif dan sukarela. Ahli PERDASAMA pula terdiri daripada usahawan Bumiputera yang Berjaya dan disertai juga golongan professional seperti  pengamal undang – undang, , ahli ekonomi, Jurutera, akauntan, pendidik, arkitek dan lain – lain untuk memperhebatkan jaringan pedagang dan pengusaha Melayu di Malaysia
.
Dengan adanya tenaga sukarela professional daripada pelbagai latarbelakang kepakaran ini, kami mengharapkan sokongan Tuan/Puan untuk menjadikan PERDASAMA PERLIS sebagai salah satu platform terbaik bagi para pedagang dan pengusaha Melayu, tetapi ini bergantung sepenuhnya kepada penerimaan dan sokongan serta kepercayaan masyarakat dan usahawan negeri Perlis terhadap usaha PERDASAMA.

Oleh itu bersama di nyatakan syarat syarat dan cara untuk menjadi ahli PERDASAMA PERLIS.

1 SYARIKAT MILIK PERSEORANGAN/PERKONGSIAN

·         Salinan  3 muka surat sijil pendaftaran perniagaan (SSM)
ii      i   Borang D
        ii  Maklumat Perniagaan
        iii Maklumat Pemilik Perniagaan
·         Salinan kad pengenalan
·         Dua keping gambar berukuran passport.
·         Surat sumpah. Perakuan bebas dari kebankrapan.
·         Pembayaran yuran pendaftaran RM 60.00.

2 SYARIKAT SDN BHD

·         Salinan sijil pendaftaran perniagaan.
·         Salinan kad pengenalan.
·         Salinan borang M & A
·         Salinan borang 24,44 dan atau 49
·         Resolusi syarikat ( untuk melantik dan menerima seorang saja daripada syarikat yang mempunyai  lebih dari seorang pengarah sebagai wakil syarikat berkenaan untuk menjadi ahli PERDASAMA.
·         Pembayaran yuran pendaftaran RM 150


Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan berhubung dengan perkara di atas amat dihargai dan ribuan terima kasih kami ucapkan.

SALAM HORMAT

BERGERAK 1 PASUKAN 1 TUJUAN



No comments:

Post a Comment