Thursday, August 10, 2017

MESYUARAT PENUBUHAN PERDASAMA PERLIS




PENGENALAN MESY PENUBUHAN BENAR TUBBUH NOTIS PENUBUHAN HADIR PEN  JADI AHLI

MESYUARAT PENUBUHAN PERDASAMA CAWANGAN PERLIS


TARIKH      28HB JAN 2017
TEMPAT      PUTRA REGENCY HOTEL


DIRASMIKAN OLEH

YB.TN AHMAD BAKRI ALI
EXCO USAHAWAN NEGERI PERLIS
MEWAKILI YAB DATO' SERI AZLAN MAN MENTERI BESAR PERLIS



YDP PERDASAMA PERLIS

EN.KHAIRUDDIN BIN ABDULLAH










PRESIDEN PERDASAMA

YBHG DATO' MOEHAMAD IZAT EMIR




AHLI AHLI YANG HADIR







Wednesday, August 9, 2017

NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN


13 Jan.2017
Semua ahli
Perdasama Cawangan Perlis.

Tuan/Puan

PER : NOTIS PANGGILAN MESYUARAT PENUBUHAN  PERDASAMA CAWANGAN PERLIS.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas:
2. Sukacita di maklumkan bahawa mesyuarat penubuhan akan di adakan seperti maklumat berikut:


TARIKH
28 HB JAN 2017

MASA
2.00 PETANG

TEMPAT
HOTEL PUTRA REGENCY, KANGAR, PERLIS







3. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan sebagai ahli di jemput hadir ke mesyuarat ini.

 Agenda  mesyuarat adalah seperti berikut:

a)      Ucapan pengerusi majlis

I ) Bentangkan bilangan kehadiran.
ii) Umumkan korum cukup atau tidak untuk teruskan mesyuarat.


b)          Pemilihan ahli jawatankuasa Perdasama Cawangan Perlis.


c)
Pemilihan adalah untuk jawatan berikut.




i)    Yang Di Pertua.



ii)   Timbalan Yang Di Pertua



iii)  7 orang ahli jawatankuasa






d)
Ucapan pengenalan Yang Di Pertua Perdasama Cawangan Perlis yang baru di lantik.


e)
Ucapan pengenalan Timbalan Yang Di Pertua Perdasama cawangan Perlis yang baru di lantik.






f)
Penangguhan  oleh pengerusi majlis





Kehadiran semua ahli perdasama amat di alu-alukan.

Sekian, terima kasih


Saya yang menjalankan tugas.
____________________________
Ismail Bin Mohd Rhouse                                                                                                                                                         SETIAUSAHA PENAJA                                                                                                                                                     PERDASAMA CAWANGAN PERLIS



KEBENARAN MENUBUH CAWANGAN






Rujukan Kami: PPM-004-14-09121998-000020
Tarikh: 27 Mac 2017
Setiausaha,
PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA
E-GREEN TAMAN SENA INDAH, KANGAR
01000 KANGAR
PERLIS
Tuan/Puan,
PERMOHONAN KEBENARAN MENUBUHKAN CAWANGAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Cawangan Perlis telah ditubuhkan dalam tempoh yang
ditetapkan selaras dengan Seksyen 12(6) Akta Pertubuhan, 1966.
2. Tuan adalah diminta menarik perhatian semua pemegang jawatan di cawangan supaya
mentadbirkan cawangan tersebut mengikut undang-undang tubuh pertubuhan yang telah diluluskan.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
'PELUANG UNTUK KEBAJIKAN'
Saya yang menurut perintah,
( ROHAIDA BINTI HASSAN )
b.p. PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA
Catatan: surat ini adalah janaan komputer, tandatangan tidak diperlukan






No Rujukan: PPM-004-14-09121998-000020
KEBENARAN MENUBUHKAN CAWANGAN
Mengikut peruntukan Seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966, saya dengan ini memberikan kebenaran untuk
menubuhkan cawangan bagi PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU
MALAYSIA seperti yang dinyatakan di bawah ini:-
Bil Rujukan PPM Nama Cawangan Alamat Cawangan
1
PPM-004-14-09121998-
000020
Cawangan Perlis
E-GREEN TAMAN SENA
INDAH, KANGAR
01000 KANGAR
PERLIS
Bertarikh pada: 27 Februari 2017
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
'PELUANG UNTUK KEBAJIKAN'
Saya yang menurut perintah,
( ROHAIDA BINTI HASSAN )
b.p. PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA

Catatan: surat ini adalah janaan komputer, tandatangan tidak diperlukan

MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA


PENGENALAN MESY PENUBUHAN BENAR TUBBUH NOTIS PENUBUHAN HADIR PEN  JADI AHLI

Minit mesyuarat penubuhan jawatankuasa penaja PersatuanPerdasama Cawangan Perlis.
Tarikh mesyuarat 18 Dis.2016
Masa  9.00 malam
Tempat E Green Cafae Dataran Sena.

Kehadiran.
1
En Ismail Bin Mohd Rhouse
2
En Khairuddin Bin Abdullah
3
En Alzahari Bin Amdan
4
En Mohd Idrus Bin Mohd Daud
5
En Sulaiman Bin Daud
6
En Aroni Bin Mat Isa
7
Cik Nurfarahiyah Bt Zulkifli



Mesyuarat dipengerusikan oleh En Khairuddin Bin Abdullah.

AJENDA

1
ALUAN PENGERUSI

EN Khairuddin  ucapkan terima kasih kepada bakal ahli kerana menunjukan minat yang amat dalam terhadap Persatuan Perdasama Cawangan Perlis dan sanggup meluangkan masa untuk hadir.

Beliau beri penerangan ringkas sejarah pertemuan nya dengan YDP dan AJK Persatuan Perdasama Cawangan Selangor dan kebaikan menubuh Persatuan Persatuan Perdasama Cawangan Perlis.

Seterusnya mengajak rakan rakan yang hadir tubuhkan AJK Penaja bagi membolehkan Persatuan Perdasama Cawangan Perlis di daftar dan bergerak secara sah.

2
SOAL JAWAB

Yang hadir tidak banyak mengetahui mengenai Persatuan Perdasama. Kebanyakan soalan yang diajukan adalah mengenai apa yang boleh diperolehi jika berada dalam Perdasama.

En Khairuddin terangkan bahawa banyak perkara yang boleh dilaku jika menjadi ahli Perdasama. Diantaranya ialah:-

1.       Mengadakan hubungan perdagangan dengan ahli ahli Persatuan Perdasama dari seluruh Negara. Sekarang telah ada 15 cawangan dan jika kita pendaftaran kita mendapat kelulusan  Perdasama Cawangan Perlis akan jadi cawangan yang ke 16.
2.       Kepada ahli yang telah ada produk boleh tinjau peluang peluang pasaran melalui Perdasama samaada pasaran dalam atau luar Negara.
3.       Buat lawatan  bagi menimba ilmu dan peluang perniagaan.
4.       Adakan kursus untuk memajukan diri dalam perniagaan.
5.       Sebagai tempat untuk berunding mendapatkan modal permulaan atau tambahan untuk berniaga.
6.       Tidak perlu difikirkan banyak banyak. Yang penting tubuhkan dulu Persatuan Perdasama Cawangan Kangar dan sama mengorak langkah bagi memajukan persatuan dan diri sendiri.


3
PEMILIHAN

1
Memilih YDP

Mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju memilih EN Khairuddin Bin Abdullah sebagai YDP Persatuan Perdasama Cawangan Perlis.

Memilih TYDP

Mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju memilih EN Aroni Bin Mat Isa sebagai TYDP Persatuan Perdasama Cawangan Perlis.


              

4
PERLANTIKAN

Lantikan yang dibuat adalah seperti berikut:-



1.       Setiausaha           Ismail Bin Mohd Rhouse                        
2.       Bendahari           Sulaiman Bin Daud       
3.       Jawatankuasa      Mohd Idrus B Mohd Daud
4.       Jawatankuasa      Alzahari bin Amdan
5.       Jawatankuasa      Nurfarahiyah Bt Zulkifli   
6.       Jawatankuasa      Noraini Bt Itam   
                   

5
TINDAKAN SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN

1.       En Khairiddin jelsakan bahawa dari maklumat yang beliau dapat,selalunya kelulusan akan diperolehi 2 minggu selepas permohonan lengkap di serahkan.
2.       Dalam masa menunggu kelulusan AJK yang ada boleh mula berkempen untuk menambah ahli.
3.       Kepada sesiapa yang berminat serahkan borang keahlian dan kumpul. Beritahu bahawa permohonan akan di bawa kedalam mesyuarat panel dan akan diberitahu jika permohonan berjaya.
4.       Mesyuarat putus untuk adakan mesyuarat agong pertama pada 27 Jan 2017.
5.       Bermula 27 Jan 2017 hingga 29 Jan 2017  Persatuan Perdasama Cawangan Negeri Perlis bersama Kerajaan Negeri Perlis akan anjurkan satu carnival jualan di Dataran Dato’Sheikh Ahmad.
6.       Pengisian Carnival.
·         Perasmian Oleh YAB Menteri Besar Perlis.
·         Khemah2 untuk gerai jualan,makanan, pakaian dan pameran produk ahli. Khemah dari ajensi kerajaan.   
·         Sediakan ruang untuk Food Truck.
·         Forum Perdana.
·         Meraikan anak anak yatim .            


6
PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30. Mesyuarat seterusnya akan diadakan setelah mendapat kelulusan.



Minit mesyuarat di sediakan oleh Ismail Bin Mohd Rhouse

 




…………………………………………….
Ismail Bin Mohd Rhouse




PENGENALAN




PENGENALAN MESY PENUBUHAN BENAR TUBBUH NOTIS PENUBUHAN HADIR PEN JADI AHLI

Pendaftaran Perdasama Perlis sebagai cawangan kepada PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA telah di luluskan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) melalui suratnya bertarikh 28 Dis 2016 dan no rujukan ialah NBID-001-23122016

Berikut adalah serba sedikat latar belakang PERDASAMA
Perdasama adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang memberi focus khusus kepada golongan peniaga dan usahawan melayu sebagai keutamaan dalam usaha untuk meningkatkan status,mempertahankan hak dan penguasaan ekonomi dan perniagaan kaum Melayu di Malaysia melalui pelbagai program.

PERDASAMA juga menjalinkan hubungan yang erat bersama agensi agensi kerajaan terutama TERAJU (Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan MATRADE (Agensi di bawah Mementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI) yang banyak membantu golongan usahawan Melayu dan sering bersama dalam mengadakan program dan forum ekonomi.

PERDASAMA telah ditubuhkan dengan rasminya pada 9 Dis.1998. 
Fokus PERDASAMA diperkukuhkan dengan 16 cawangan dengan 18,000 ahli di seluruh Negara dan hampiir 5,000 ahli aktif yang komited mendokong serta memastikan misi dan visi persatuan tercapai sejak 18 tahun penubuhannya.

PERDASAMA PERLIS adalah cawangan yang ke 17.

Seperti persatuan-persatuan lain juga,PERDASAMA tidak menyediakan bantuan berupa pinjaman kewangan atau seumpamanya tetapi PERDASAMA boleh beri sokongan kepada ahli ahli,antara lain dalam bentuk:

1.       Mengeluarkan surat sokongan kepada ahli ahli yang berhasrat mendapatkan pinjaman  daripada institusi kewangan, dan bantuan agensi-agensi kerajaan dan sebagainya;
2.       Menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang untuk perniagaan dan kegiatan  ekonomi melalui kerjasama atau kolobrasi dengan bukan kerajaan   (NGO)lain,kedutaan-kedutaan asing, badan badan berkanun seperti RISDA, FELCRA,  FELDA dan sebagainya;
3.      Menggalakkan kerjasama di kalangan ahli –ahlinya (business matching) seterusnya menyumbang kepada perpaduan masyarakat. Ia membantu menjalin hubungan yang mesra dan bertoleransi melalui aktiviti aktiviti yang dijalankan; seperti bekerjasama memberi sumbangan kepada anak- anak yatim dan rumah-rumah kebajikann dan sebagainya;
4.      Menganjurkan pertemuan bersama duta - duta asing untuk membuka atau meneroka peluang perniagaan dan pasaran di Negara – Negara mereka. Sebagai contoh pertemua bersama duta – duta 12 negara yang menganggotai TTPA atau Perjanjian Perkongsian Trans – Pasifik (Trans Pacific Partnership Agreement) yang pernah PERDASAMA adakan pada 7 April 2016 yang lalu di Pusat Dagang Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
5.      Menganjurkan lawatan perdagangan dan pelaburan ke luar Negara seperti yang dilakukan pada tahun 2015 iaitu lawatan perdagangan ke Guangdong, China yang  perniagaanya boleh dimanfaatkan oleh ahli – ahli. Seterusnya menjadikan lawatan tersebut sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Misi ke Guangdong diteruskan lagi dalam tahun 2016 dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
6.      Membuat kunjungan hormat kepada Menteri di kementerian – kementerian tertentu bagi berbincang dan menghantar sendiri messej dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan –usahawan Melayu, dan lain lain lagi.

PERDASAMA ditubuhkan dan diuruskan oleh individu – individu yang bekerja secara kolektif dan sukarela. Ahli PERDASAMA pula terdiri daripada usahawan Bumiputera yang Berjaya dan disertai juga golongan professional seperti  pengamal undang – undang, , ahli ekonomi, Jurutera, akauntan, pendidik, arkitek dan lain – lain untuk memperhebatkan jaringan pedagang dan pengusaha Melayu di Malaysia
.
Dengan adanya tenaga sukarela professional daripada pelbagai latarbelakang kepakaran ini, kami mengharapkan sokongan Tuan/Puan untuk menjadikan PERDASAMA PERLIS sebagai salah satu platform terbaik bagi para pedagang dan pengusaha Melayu, tetapi ini bergantung sepenuhnya kepada penerimaan dan sokongan serta kepercayaan masyarakat dan usahawan negeri Perlis terhadap usaha PERDASAMA.

Oleh itu bersama di nyatakan syarat syarat dan cara untuk menjadi ahli PERDASAMA PERLIS.

1 SYARIKAT MILIK PERSEORANGAN/PERKONGSIAN

·         Salinan  3 muka surat sijil pendaftaran perniagaan (SSM)
ii      i   Borang D
        ii  Maklumat Perniagaan
        iii Maklumat Pemilik Perniagaan
·         Salinan kad pengenalan
·         Dua keping gambar berukuran passport.
·         Surat sumpah. Perakuan bebas dari kebankrapan.
·         Pembayaran yuran pendaftaran RM 60.00.

2 SYARIKAT SDN BHD

·         Salinan sijil pendaftaran perniagaan.
·         Salinan kad pengenalan.
·         Salinan borang M & A
·         Salinan borang 24,44 dan atau 49
·         Resolusi syarikat ( untuk melantik dan menerima seorang saja daripada syarikat yang mempunyai  lebih dari seorang pengarah sebagai wakil syarikat berkenaan untuk menjadi ahli PERDASAMA.
·         Pembayaran yuran pendaftaran RM 150


Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan berhubung dengan perkara di atas amat dihargai dan ribuan terima kasih kami ucapkan.

SALAM HORMAT

BERGERAK 1 PASUKAN 1 TUJUAN