PERDASAMA PERLIS
PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU PERLIS
Monday, January 1, 2018
Monday, November 6, 2017
DAFTAR JADI AHLI PERDASAMA PERLIS
PENGENALAN MESY PENUBUHAN BENAR TUBBUH NOTIS PENUBUHAN HADIR PEN JADI AHLI
Untuk daftar sebagai ahli Perdasama Perlis sila download BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN diatas dan lengkapkan dan hantar kepada
SETIAUSAHA PERDASAMA PERLIS
ISMAIL BIN MOHD RHOUSE
NO 25 LORONG INDRAPUTRA
TAMAN INDRA, KANGAR 01000
PERLIS.
1 BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN
2 SALINAN KAD PENGENALAN
3 1 KEPING GAMBAR TERKINI
4 SALINAN SIJIL DAFTAR SSM
5 SALINAN SSM MAKLUMAT PERNIAGAAN
6 SALINAN SSM MAKLUMAT PEMILIK TERKINI
7 SURAT AKUAN SUMPAH
8 BAYARAN RM 60 (yuran daftar RM 30 + yuran tahunan RM 30)
Thursday, August 10, 2017
MESYUARAT PENUBUHAN PERDASAMA PERLIS
MESYUARAT PENUBUHAN PERDASAMA CAWANGAN PERLIS
TARIKH 28HB JAN 2017
TEMPAT PUTRA REGENCY HOTEL
DIRASMIKAN OLEH
YB.TN AHMAD BAKRI ALI
EXCO USAHAWAN NEGERI PERLIS
MEWAKILI YAB DATO' SERI AZLAN MAN MENTERI BESAR PERLIS
YDP PERDASAMA PERLIS
EN.KHAIRUDDIN BIN ABDULLAH
PRESIDEN PERDASAMA
YBHG DATO' MOEHAMAD IZAT EMIR
AHLI AHLI YANG HADIR
Wednesday, August 9, 2017
NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN
13 Jan.2017
Semua ahli
Perdasama Cawangan Perlis.
Tuan/Puan
PER : NOTIS
PANGGILAN MESYUARAT PENUBUHAN PERDASAMA
CAWANGAN PERLIS.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas:
2. Sukacita di maklumkan bahawa mesyuarat penubuhan akan di
adakan seperti maklumat berikut:
TARIKH
|
28 HB JAN 2017
|
|
MASA
|
2.00 PETANG
|
|
TEMPAT
|
HOTEL PUTRA REGENCY, KANGAR, PERLIS
|
|
3. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan sebagai ahli di jemput
hadir ke mesyuarat ini.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
a)
Ucapan pengerusi majlis
I ) Bentangkan bilangan kehadiran.
ii) Umumkan korum cukup atau tidak untuk
teruskan mesyuarat.
b)
Pemilihan
ahli jawatankuasa Perdasama Cawangan Perlis.
c)
|
Pemilihan adalah untuk jawatan berikut.
|
||
i) Yang Di Pertua.
|
|||
ii) Timbalan Yang Di Pertua
|
|||
iii) 7 orang ahli jawatankuasa
|
|||
d)
|
Ucapan pengenalan Yang Di Pertua Perdasama Cawangan Perlis yang baru
di lantik.
|
||
e)
|
Ucapan pengenalan Timbalan Yang Di Pertua Perdasama cawangan Perlis
yang baru di lantik.
|
||
f)
|
Penangguhan oleh pengerusi
majlis
|
||
Kehadiran semua ahli perdasama amat di alu-alukan.
Sekian, terima kasih
Saya yang menjalankan tugas.
____________________________
Ismail
Bin Mohd Rhouse SETIAUSAHA
PENAJA PERDASAMA
CAWANGAN PERLIS
KEBENARAN MENUBUH CAWANGAN
Rujukan Kami:
PPM-004-14-09121998-000020
Tarikh: 27 Mac 2017
Setiausaha,
PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA
MELAYU MALAYSIA
E-GREEN TAMAN SENA INDAH, KANGAR
01000 KANGAR
PERLIS
Tuan/Puan,
PERMOHONAN
KEBENARAN MENUBUHKAN CAWANGAN
Sukacita dimaklumkan bahawa
Cawangan Cawangan Perlis telah ditubuhkan dalam tempoh yang
ditetapkan selaras dengan Seksyen
12(6) Akta Pertubuhan, 1966.
2. Tuan adalah diminta menarik
perhatian semua pemegang jawatan di cawangan supaya
mentadbirkan cawangan tersebut
mengikut undang-undang tubuh pertubuhan yang telah diluluskan.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA'
'PELUANG UNTUK
KEBAJIKAN'
Saya yang menurut perintah,
( ROHAIDA BINTI
HASSAN )
b.p. PENDAFTAR
PERTUBUHAN MALAYSIA
Catatan: surat ini adalah janaan
komputer, tandatangan tidak diperlukan
No Rujukan:
PPM-004-14-09121998-000020
KEBENARAN
MENUBUHKAN CAWANGAN
Mengikut peruntukan Seksyen 12
Akta Pertubuhan 1966, saya dengan ini memberikan kebenaran untuk
menubuhkan cawangan bagi
PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU
MALAYSIA seperti yang dinyatakan
di bawah ini:-
Bil Rujukan PPM
Nama Cawangan Alamat Cawangan
1
PPM-004-14-09121998-
000020
Cawangan Perlis
E-GREEN TAMAN SENA
INDAH, KANGAR
01000 KANGAR
PERLIS
Bertarikh pada: 27 Februari 2017
'BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA'
'PELUANG UNTUK
KEBAJIKAN'
Saya yang menurut perintah,
( ROHAIDA BINTI
HASSAN )
b.p. PENDAFTAR
PERTUBUHAN MALAYSIA
Catatan: surat ini adalah janaan komputer,
tandatangan tidak diperlukan
MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA
PENGENALAN MESY PENUBUHAN BENAR TUBBUH NOTIS PENUBUHAN HADIR PEN JADI AHLI
Minit
mesyuarat penubuhan jawatankuasa penaja PersatuanPerdasama Cawangan Perlis.
Tarikh
mesyuarat 18 Dis.2016
Masa 9.00 malam
Tempat E
Green Cafae Dataran Sena.
Kehadiran.
1
|
En Ismail Bin Mohd Rhouse
|
2
|
En Khairuddin Bin Abdullah
|
3
|
En Alzahari Bin Amdan
|
4
|
En Mohd Idrus Bin Mohd Daud
|
5
|
En Sulaiman Bin Daud
|
6
|
En Aroni Bin Mat Isa
|
7
|
Cik Nurfarahiyah Bt Zulkifli
|
Mesyuarat dipengerusikan oleh En Khairuddin Bin Abdullah.
AJENDA
1
|
ALUAN PENGERUSI
EN Khairuddin ucapkan terima
kasih kepada bakal ahli kerana menunjukan minat yang amat dalam terhadap
Persatuan Perdasama Cawangan Perlis dan sanggup meluangkan masa untuk hadir.
Beliau beri penerangan ringkas sejarah pertemuan nya dengan YDP dan
AJK Persatuan Perdasama Cawangan Selangor dan kebaikan menubuh Persatuan Persatuan
Perdasama Cawangan Perlis.
Seterusnya mengajak rakan rakan yang hadir tubuhkan AJK Penaja bagi
membolehkan Persatuan Perdasama Cawangan Perlis di daftar dan bergerak secara
sah.
|
||
2
|
SOAL JAWAB
Yang hadir tidak banyak mengetahui mengenai Persatuan Perdasama.
Kebanyakan soalan yang diajukan adalah mengenai apa yang boleh diperolehi
jika berada dalam Perdasama.
En Khairuddin terangkan bahawa banyak perkara yang boleh dilaku jika
menjadi ahli Perdasama. Diantaranya ialah:-
1. Mengadakan
hubungan perdagangan dengan ahli ahli Persatuan Perdasama dari seluruh
Negara. Sekarang telah ada 15 cawangan dan jika kita pendaftaran kita
mendapat kelulusan Perdasama Cawangan
Perlis akan jadi cawangan yang ke 16.
2. Kepada
ahli yang telah ada produk boleh tinjau peluang peluang pasaran melalui
Perdasama samaada pasaran dalam atau luar Negara.
3. Buat
lawatan bagi menimba ilmu dan peluang
perniagaan.
4. Adakan
kursus untuk memajukan diri dalam perniagaan.
5. Sebagai
tempat untuk berunding mendapatkan modal permulaan atau tambahan untuk
berniaga.
6. Tidak
perlu difikirkan banyak banyak. Yang penting tubuhkan dulu Persatuan
Perdasama Cawangan Kangar dan sama mengorak langkah bagi memajukan persatuan
dan diri sendiri.
|
||
3
|
PEMILIHAN
|
||
4
|
PERLANTIKAN
Lantikan yang dibuat adalah seperti berikut:-
1. Setiausaha Ismail Bin Mohd Rhouse
2. Bendahari Sulaiman Bin Daud
3. Jawatankuasa Mohd Idrus B Mohd Daud
4. Jawatankuasa Alzahari bin Amdan
5. Jawatankuasa Nurfarahiyah
Bt Zulkifli
6. Jawatankuasa Noraini Bt Itam
|
||
5
|
TINDAKAN SELEPAS MENDAPAT
KELULUSAN
1. En
Khairiddin jelsakan bahawa dari maklumat yang beliau dapat,selalunya
kelulusan akan diperolehi 2 minggu selepas permohonan lengkap di serahkan.
2. Dalam
masa menunggu kelulusan AJK yang ada boleh mula berkempen untuk menambah
ahli.
3. Kepada
sesiapa yang berminat serahkan borang keahlian dan kumpul. Beritahu bahawa
permohonan akan di bawa kedalam mesyuarat panel dan akan diberitahu jika
permohonan berjaya.
4. Mesyuarat
putus untuk adakan mesyuarat agong pertama pada 27 Jan 2017.
5. Bermula
27 Jan 2017 hingga 29 Jan 2017 Persatuan Perdasama Cawangan Negeri Perlis
bersama Kerajaan Negeri Perlis akan anjurkan satu carnival jualan di Dataran
Dato’Sheikh Ahmad.
6. Pengisian
Carnival.
·
Perasmian Oleh YAB Menteri Besar Perlis.
·
Khemah2 untuk gerai jualan,makanan, pakaian
dan pameran produk ahli. Khemah dari ajensi kerajaan.
·
Sediakan ruang untuk Food Truck.
·
Forum Perdana.
·
Meraikan anak anak yatim .
|
||
6
|
PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30. Mesyuarat seterusnya akan
diadakan setelah mendapat kelulusan.
Minit mesyuarat di sediakan oleh Ismail Bin Mohd Rhouse
…………………………………………….
Ismail Bin Mohd Rhouse
|
PENGENALAN
PENGENALAN MESY PENUBUHAN BENAR TUBBUH NOTIS PENUBUHAN HADIR PEN JADI AHLI
Pendaftaran Perdasama Perlis sebagai cawangan kepada PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA telah di luluskan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) melalui suratnya bertarikh 28 Dis 2016 dan no rujukan ialah NBID-001-23122016
Pendaftaran Perdasama Perlis sebagai cawangan kepada PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA telah di luluskan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) melalui suratnya bertarikh 28 Dis 2016 dan no rujukan ialah NBID-001-23122016
Berikut adalah serba
sedikat latar belakang PERDASAMA
Perdasama adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Melayu yang memberi focus khusus kepada golongan peniaga dan usahawan melayu
sebagai keutamaan dalam usaha untuk meningkatkan status,mempertahankan hak dan
penguasaan ekonomi dan perniagaan kaum Melayu di Malaysia melalui pelbagai
program.
PERDASAMA juga menjalinkan hubungan yang erat bersama agensi
agensi kerajaan terutama TERAJU (Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan
MATRADE (Agensi di bawah Mementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
MITI) yang banyak membantu golongan usahawan Melayu dan sering bersama dalam
mengadakan program dan forum ekonomi.
PERDASAMA telah ditubuhkan dengan rasminya pada 9 Dis.1998.
Fokus PERDASAMA diperkukuhkan dengan 16 cawangan dengan 18,000 ahli di seluruh
Negara dan hampiir 5,000 ahli aktif yang komited mendokong serta memastikan
misi dan visi persatuan tercapai sejak 18 tahun penubuhannya.
PERDASAMA PERLIS adalah cawangan yang ke 17.
Seperti persatuan-persatuan lain juga,PERDASAMA tidak
menyediakan bantuan berupa pinjaman kewangan atau seumpamanya tetapi PERDASAMA
boleh beri sokongan kepada ahli ahli,antara lain dalam bentuk:
1.
Mengeluarkan surat sokongan kepada ahli ahli
yang berhasrat mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan bantuan
agensi-agensi kerajaan dan sebagainya;
2.
Menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang
untuk perniagaan dan kegiatan ekonomi melalui kerjasama atau kolobrasi dengan
bukan kerajaan (NGO)lain,kedutaan-kedutaan asing, badan badan berkanun seperti RISDA, FELCRA, FELDA
dan sebagainya;
3. Menggalakkan kerjasama di kalangan ahli –ahlinya
(business matching) seterusnya menyumbang kepada perpaduan masyarakat. Ia
membantu menjalin hubungan yang mesra dan bertoleransi melalui aktiviti
aktiviti yang dijalankan; seperti bekerjasama memberi sumbangan kepada anak-
anak yatim dan rumah-rumah kebajikann dan sebagainya;
4. Menganjurkan pertemuan bersama duta - duta asing
untuk membuka atau meneroka peluang perniagaan dan pasaran di Negara – Negara
mereka. Sebagai contoh pertemua bersama duta – duta 12 negara yang menganggotai
TTPA atau Perjanjian Perkongsian Trans – Pasifik (Trans Pacific Partnership
Agreement) yang pernah PERDASAMA adakan pada 7 April 2016 yang lalu di Pusat
Dagang Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
5. Menganjurkan lawatan perdagangan dan pelaburan
ke luar Negara seperti yang dilakukan pada tahun 2015 iaitu lawatan perdagangan
ke Guangdong, China yang perniagaanya boleh
dimanfaatkan oleh ahli – ahli. Seterusnya menjadikan lawatan tersebut sebagai
platform untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Misi ke
Guangdong diteruskan lagi dalam tahun 2016 dan sambutan yang diterima amat
menggalakkan.
6. Membuat kunjungan hormat kepada Menteri di
kementerian – kementerian tertentu bagi berbincang dan menghantar sendiri
messej dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan –usahawan Melayu, dan lain
lain lagi.
PERDASAMA ditubuhkan dan diuruskan oleh individu – individu
yang bekerja secara kolektif dan sukarela. Ahli PERDASAMA pula terdiri daripada
usahawan Bumiputera yang Berjaya dan disertai juga golongan professional
seperti pengamal undang – undang, , ahli
ekonomi, Jurutera, akauntan, pendidik, arkitek dan lain – lain untuk
memperhebatkan jaringan pedagang dan pengusaha Melayu di Malaysia
.
Dengan adanya tenaga sukarela professional daripada pelbagai
latarbelakang kepakaran ini, kami mengharapkan sokongan Tuan/Puan untuk
menjadikan PERDASAMA PERLIS sebagai salah satu platform terbaik
bagi para pedagang dan pengusaha Melayu, tetapi ini bergantung sepenuhnya
kepada penerimaan dan sokongan serta kepercayaan masyarakat dan usahawan negeri
Perlis terhadap usaha PERDASAMA.
Oleh itu bersama di nyatakan syarat syarat dan cara untuk menjadi ahli PERDASAMA PERLIS.
1 SYARIKAT MILIK PERSEORANGAN/PERKONGSIAN
|
·
Salinan 3
muka surat sijil pendaftaran perniagaan (SSM)
ii i Borang D
ii Maklumat Perniagaan
iii Maklumat Pemilik Perniagaan
·
Salinan kad pengenalan
·
Dua keping gambar berukuran passport.
·
Surat sumpah. Perakuan bebas dari kebankrapan.
·
Pembayaran yuran pendaftaran RM 60.00.
2 SYARIKAT SDN BHD
|
·
Salinan sijil pendaftaran perniagaan.
·
Salinan kad pengenalan.
·
Salinan borang M & A
·
Salinan borang 24,44 dan atau 49
·
Resolusi syarikat ( untuk melantik dan menerima
seorang saja daripada syarikat yang mempunyai lebih dari seorang pengarah
sebagai wakil syarikat berkenaan untuk menjadi ahli PERDASAMA.
·
Pembayaran yuran pendaftaran RM 150
Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan berhubung dengan perkara di
atas amat dihargai dan ribuan terima kasih kami ucapkan.
SALAM HORMAT
BERGERAK 1 PASUKAN 1 TUJUAN
Subscribe to:
Posts (Atom)